Monday, September 12, 2011

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Kuliah : 5 September 2011
Pensyarah : Tn. Hj. Alias bin Sidek


   Definisi   
Jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik dan objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji. jadual tersebut menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item soalan.

  • Dikenali juga sebagai jadual penentu ujian (JPU)
  • Satu blue print/ test specification
  • Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
  • Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelejaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan berasaskan Taksonomi Bloom
  • Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian

   FUNGSI JSU   
  1. Sebagai panduan kepada penggubal item untuk menggubal secara terancang
  2. Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif-objektif pengajaran yang perlu diuji
  3. Menentukan bidang/ topik-topik dan pemberatan yang akan diberi
  4. Menentukan aras item dan bilangannya

   TUJUAN PENGUJIAN   
  1. Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
  2. Mengesan kemajuan yang telah diperoleh
  3. Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
  4. Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses PnP

   PRINSIP PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN   
  • Tentukan tujuan ujian
  • Tentukan isi kandungan ujian
  • Membentuk jadual spesifikasi ujian
  • Menulis item/ soalan
  • Menyemak item/ soalan
  • Tadbirkan ujian

   LANGKAH PEMBINAAN JSU   
Terdapat 4 langkah dalam membina sebuah JSU:
  1. Mengkaji sukatan pelajaran
  2. Menganalisis objektif pengajaran
  3. Menentukan jenis soalan
  4. Menentukan bilangan soalan
                                                                       (Azizi Ahmad, 2009, p. 82)

Mengkaji Sukatan Pelajaran
Aspek yang dikaji :
  • Skop kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
  • Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
  • Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
  • Kompleksiti sesuatu tajuk
  • Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk

Menganalisis Objektif Pengajaran
Objektif perlu dianalisis untuk menentukan :
  • Pengetahuan dan kemahiran mana yang perlu diuji
  • Pada tahap kesukaran mana perlu diuji

Menentukan jenis item
  • Penentuan jenis item bergantung kepada domain objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada kognitif, psikomotor, afektif atau sosial. lazimnya guru hanya memberi tumpuan kepada doamin kognitif sahaja.
Jenis soalan termasuklah :
  1. Item objektif
  2. Struktur
  3. Esei

Menentukan bilangan soalan
  • Bilangan soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran
  • Jumlah soalan boleh mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian
  • Jangka masa ujian, jenis soalan, kesukaran soalan, panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar juga perlu diambil kira

   SIAPA YANG MEMBUAT JSU   

  • Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
  • Guru-guru yang mengajar matapelajaran

   CIRI-CIRI UTAMA JSU   
  • Ada tajuk dan hendak diuji
  • Senaraiakan aras kemahiran yang hendak diuji
  • Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar, jenis kemahiran yang hendak diuji
  • Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
  • Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

   DIMENSI DALAM JSU   
  • Kandungan ujian - berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi :
    1. Skop atau kedalamannya
    2. Bilangan item untuk setiap tajuk
    3. Wajaran
  • Kemahiran - meliputi aras kemahiran yang diuji (selalunya menggunakan Taksonomi Bloom)


No comments:

Post a Comment