Thursday, September 8, 2011

Item soalan objektif

KEKUATAN DAN KELEMAHAN SOALAN OBJEKTIF
Ujian objektif itu bermaksud bahawa bahan atau perkara yang hendak diuji itu telah ditentukan sebagai objektif ujian tersebut. Di samping itu juga pemarkahannya dapat dikawal secara objektif, walaupun bilangan pelajar yang terlibat itu ramai. Ujian objektif itu amat berguna di dalam keadaan apabila pelajar yang hendak diuji itu ramai jumlahnya, dan bahan ujian yang dibentuk itu boleh pula diulang penggunaannya pada masa depan. Ujian objektif ini juga dapat meningkatkan pembelajaran aspek-aspek formal bahasa seperti tatabahasa dan ejaan, dan kita dapat menguji kefahaman dan kebolehan mereka di dalam menggunakan prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan tatabahasa yang telah diajarkan kepada mereka. Ujian objektif yang baik juga biasanya dapat menjamin wujudnya kesaksamaan di dalam pemarkahan, sebab jawapan-jawapan yang terlibat adalah sama saja. Pemarkah tidak mempunyai ruang untuk berlaku tidak adil. Pihak guru pun boleh menjadi lebih yakin untuk membentuk bahan ujian objektif yang bermutu. Ini biasanya didapati lebih mudah untuk dilakukan daripada ujian berbentuk karangan atau esei. Ujian objektif tidak dapat mengukur dorongan dan kreativiti pelajar, dan juga tidak memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan perasaan mereka dengan berkesan. Oleh itu ramai ahli pedagogi bersetuju dengan penggunaan ujian objektif di dalam bilik darjah terutamanya bagi ujian kemajuan dan pencapaian. Butiran ujian objektif mempunyai aneka pilihan, dan secara perbandingannya, cara ini mempunyai kemampuan yang tinggi untuk mendiskriminasikan pelajar-pelajar yang baik dari pelajar-pelajar yang lemah. Jadi butiran ujian objektif aneka pilihan boleh digunakan untuk mengukur pencapaian bahasa Malaysia di dalam bilik darjah.

Kekuatan item objektif
1.    Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat
2.    Bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin
3.    Tidak menggalakkan penipuan
4.    Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi
5.    Dapat markat dengan cepat dan tepat
6.    Boleh diperiksa dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih
7.    Pemeriksaan boleh dipercayai
8.    Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan berbahasa
9.    Dapat mengukur proses mental yang tinggi
10.  Memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas
11.  Menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik
12.  Tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab
13.  Menggalakkan murid memilih jawapan yang betul
14.  Sesuai untuk ujian jenis sumatif

Kelemahan item objektif
1.    Tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sintesis idea-idea dan melahirkannya secara sepaduAda kecenderungan menggalakkan pelajar-pelajar meneka jawapan
2.    Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir
3.    Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga digunakan.
4.    Tidak dapat mengukur keaslian
5.    Menggalakkan peniruan
6.    Sukar untuk menentukan daerah kelemahan sebenar murid
7.    Sukar untuk membina soalan yang berkualiti tinggi
8.    Tidak menguji kognitif aras tinggi murid
9.    Tidak mengukur keaslian jawapan dan pemikiran murid

No comments:

Post a Comment