Monday, September 12, 2011

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Kuliah : 5 September 2011
Pensyarah : Tn. Hj. Alias bin Sidek


   Definisi   
Jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik dan objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji. jadual tersebut menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item soalan.

  • Dikenali juga sebagai jadual penentu ujian (JPU)
  • Satu blue print/ test specification
  • Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
  • Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelejaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan berasaskan Taksonomi Bloom
  • Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian

   FUNGSI JSU   
  1. Sebagai panduan kepada penggubal item untuk menggubal secara terancang
  2. Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif-objektif pengajaran yang perlu diuji
  3. Menentukan bidang/ topik-topik dan pemberatan yang akan diberi
  4. Menentukan aras item dan bilangannya

   TUJUAN PENGUJIAN   
  1. Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
  2. Mengesan kemajuan yang telah diperoleh
  3. Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
  4. Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses PnP

   PRINSIP PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN   
  • Tentukan tujuan ujian
  • Tentukan isi kandungan ujian
  • Membentuk jadual spesifikasi ujian
  • Menulis item/ soalan
  • Menyemak item/ soalan
  • Tadbirkan ujian

   LANGKAH PEMBINAAN JSU   
Terdapat 4 langkah dalam membina sebuah JSU:
  1. Mengkaji sukatan pelajaran
  2. Menganalisis objektif pengajaran
  3. Menentukan jenis soalan
  4. Menentukan bilangan soalan
                                                                       (Azizi Ahmad, 2009, p. 82)

Mengkaji Sukatan Pelajaran
Aspek yang dikaji :
  • Skop kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
  • Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
  • Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
  • Kompleksiti sesuatu tajuk
  • Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk

Menganalisis Objektif Pengajaran
Objektif perlu dianalisis untuk menentukan :
  • Pengetahuan dan kemahiran mana yang perlu diuji
  • Pada tahap kesukaran mana perlu diuji

Menentukan jenis item
  • Penentuan jenis item bergantung kepada domain objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada kognitif, psikomotor, afektif atau sosial. lazimnya guru hanya memberi tumpuan kepada doamin kognitif sahaja.
Jenis soalan termasuklah :
  1. Item objektif
  2. Struktur
  3. Esei

Menentukan bilangan soalan
  • Bilangan soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran
  • Jumlah soalan boleh mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian
  • Jangka masa ujian, jenis soalan, kesukaran soalan, panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar juga perlu diambil kira

   SIAPA YANG MEMBUAT JSU   

  • Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
  • Guru-guru yang mengajar matapelajaran

   CIRI-CIRI UTAMA JSU   
  • Ada tajuk dan hendak diuji
  • Senaraiakan aras kemahiran yang hendak diuji
  • Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar, jenis kemahiran yang hendak diuji
  • Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
  • Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

   DIMENSI DALAM JSU   
  • Kandungan ujian - berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi :
    1. Skop atau kedalamannya
    2. Bilangan item untuk setiap tajuk
    3. Wajaran
  • Kemahiran - meliputi aras kemahiran yang diuji (selalunya menggunakan Taksonomi Bloom)


Friday, September 9, 2011

SOALAN PERBINCANGAN 2

Tarikh : 5 September 2011
Pensyarah : Tn. Hj. Alias bin Hj. Sidek


PERKARA
PENTAKSIRAN
PENGUKURAN
PENGUJIAN
PENILAIAN
TAKRIF
Suatu proses untuk mendapatkan maklumat dan mentafsir tentang pencapaian dan prestasi murid
Suatu proses atau sistem yang bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran
Sesuatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku murid terhadap pembelajarannya, sama ada dalam bidang kognitif, afektif atau psikomotor dengan menggunakan pemerhatian atau ujian formal
Suatu proses atau sistem yang lebih lengkap untuk menentukan kemajuan pembelajaran murid
TUJUAN
Menentukan skor dan membuat interprestasi tentang hasil pembelajaran murid
Memproses maklumat yang telah dikumpul dan merumuskannya dalam bentuk sistem skor.

Mengumpulkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran yang diajarkan
Mengumpul maklumat-maklumat tentang penguasaan, kemajuan dan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran tertentu
ALATAN

Ujian

Set ujian bertulis dengan markah dan gred, pemerhatian

Pemerhatian, ujian lisa,, bertulis

Ujian, tugasan



   4 tujuan atau kepentingan penilaian/ pentaksiran dijalankan.   

  • Diagnosis - mengenal pasti tahap penguasaan murid
  • Penggredan
  • Pemilihan dan penempatan murid
  • Bimbingan - membolehkan guru atau murid melihat kembali pencapaian yang diperoleh

   Jenis Kesahan   
  • Kesahan kandungan/ isi
  • Kesahan Semasa
  • Kesahan ramalan/ telahan
  • Kesahan gagasan/ konstruk
  • Kesahan muka
  • Kesahan kriteria

   Bagaimana meletakkan ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu ujian   
  • Ditadbirkan dalam suasana ditetapkan atau masa yang sesuai
  • Bebas daripada gangguan
  • Tidak berlaku penipuan/ kekurangan ujian
  • Masa mencukupi
  • Ada jawapan yang betul
  • Perlu lebih daripada seseorang pemeriksa

   Takrif kepada domain kognitif berikut :   
  • Pengetahuan - kebolehan untuk mengingat semula fakta / idea
  • Kefahaman - kebolehan untuk memahami maklumat
  • Aplikasi - kebolehan untuk menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi/ situasi baru
  • Analisis - kemampuan untuk mencerakinkan/ menstrukturkan maklumat
  • Sintesis - kemampuan untuk menggabungkan/ menghimpunkan maklumat
  • Penilaian - kemampuan membuat pertimbangan/ memberi nilai

Perbezaan model Bloom dan Krathwohl   

Bloom
Item
Krathwohl
Kognitif
Domain
Afektif
6
Bil. Aras
5
Pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
Aras
Penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan menghayati nilai.

Thursday, September 8, 2011

Item soalan objektif

KEKUATAN DAN KELEMAHAN SOALAN OBJEKTIF
Ujian objektif itu bermaksud bahawa bahan atau perkara yang hendak diuji itu telah ditentukan sebagai objektif ujian tersebut. Di samping itu juga pemarkahannya dapat dikawal secara objektif, walaupun bilangan pelajar yang terlibat itu ramai. Ujian objektif itu amat berguna di dalam keadaan apabila pelajar yang hendak diuji itu ramai jumlahnya, dan bahan ujian yang dibentuk itu boleh pula diulang penggunaannya pada masa depan. Ujian objektif ini juga dapat meningkatkan pembelajaran aspek-aspek formal bahasa seperti tatabahasa dan ejaan, dan kita dapat menguji kefahaman dan kebolehan mereka di dalam menggunakan prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan tatabahasa yang telah diajarkan kepada mereka. Ujian objektif yang baik juga biasanya dapat menjamin wujudnya kesaksamaan di dalam pemarkahan, sebab jawapan-jawapan yang terlibat adalah sama saja. Pemarkah tidak mempunyai ruang untuk berlaku tidak adil. Pihak guru pun boleh menjadi lebih yakin untuk membentuk bahan ujian objektif yang bermutu. Ini biasanya didapati lebih mudah untuk dilakukan daripada ujian berbentuk karangan atau esei. Ujian objektif tidak dapat mengukur dorongan dan kreativiti pelajar, dan juga tidak memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan perasaan mereka dengan berkesan. Oleh itu ramai ahli pedagogi bersetuju dengan penggunaan ujian objektif di dalam bilik darjah terutamanya bagi ujian kemajuan dan pencapaian. Butiran ujian objektif mempunyai aneka pilihan, dan secara perbandingannya, cara ini mempunyai kemampuan yang tinggi untuk mendiskriminasikan pelajar-pelajar yang baik dari pelajar-pelajar yang lemah. Jadi butiran ujian objektif aneka pilihan boleh digunakan untuk mengukur pencapaian bahasa Malaysia di dalam bilik darjah.

Kekuatan item objektif
1.    Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat
2.    Bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin
3.    Tidak menggalakkan penipuan
4.    Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi
5.    Dapat markat dengan cepat dan tepat
6.    Boleh diperiksa dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih
7.    Pemeriksaan boleh dipercayai
8.    Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan berbahasa
9.    Dapat mengukur proses mental yang tinggi
10.  Memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas
11.  Menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik
12.  Tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab
13.  Menggalakkan murid memilih jawapan yang betul
14.  Sesuai untuk ujian jenis sumatif

Kelemahan item objektif
1.    Tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sintesis idea-idea dan melahirkannya secara sepaduAda kecenderungan menggalakkan pelajar-pelajar meneka jawapan
2.    Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir
3.    Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga digunakan.
4.    Tidak dapat mengukur keaslian
5.    Menggalakkan peniruan
6.    Sukar untuk menentukan daerah kelemahan sebenar murid
7.    Sukar untuk membina soalan yang berkualiti tinggi
8.    Tidak menguji kognitif aras tinggi murid
9.    Tidak mengukur keaslian jawapan dan pemikiran murid