Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidkan Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumunkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupum cadangan - cadangan yang dikemukakan dala laporan itu tidak dilaksanakan serta –merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan – cadangan yang dikemukakan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun – tahun berikutnya.
Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak – kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan kanak – kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak – kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran di antara kanak – kanak berkeperluan khas dengan kanak – kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak – kanak berkeprluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak – kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara – negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak – kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.
· Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak – kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak – kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelabagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak – kanak berkeperluan khas.
· Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak – kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak – kanak berkeperluan khas belajar bersama – sama dengan kanak – kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua – dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak – kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan – cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengsan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran mesyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak – kanak berkeperluan khas di Britain
No comments:
Post a Comment