Saturday, April 10, 2010

Apa itu Pendidikan Khas

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

    • Perkembangan mental
    • Kestabilan emosi
    • Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.

Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

Apa Dia kanak-kanak Khas ?

………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.

Chua Tee Tee, 1981

Apa Dia Pendidikan Khas ?

……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

    • Sekolah Khas
    • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
    • Pemulihan Khas
    • Program Disleksia
    • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :

    • Masalah Pembelajaran
    • Masalah Pendengaran
    • Masalah Penglihatan

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kejayaan orang-orang istimewa

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920-an dalam kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

1. Pendidikan Masalah Penglihatan

1926

Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka.

1931

SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang.

1948

Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

1953

Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM).

1958

Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM).

1962

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan.

1963

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan.

1977

Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.

1978

Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu.

1983

Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh.

1984

Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan Braille.

2. Pendidikan Masalah Pendengaran

1954

Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang.

1954

Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang.

1963

Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras.

1978

Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan.

1979

Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan.

1985

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal.

1987

Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam.

3. Program Percantuman/Inklusif

1962

Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan.

1988

Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran.

1993

Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur.

1994

Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara.

1995

Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan.

Perkembangan Pendidikan Khas di Britain

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidkan Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumunkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupum cadangan - cadangan yang dikemukakan dala laporan itu tidak dilaksanakan serta –merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan – cadangan yang dikemukakan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun – tahun berikutnya.

Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak – kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan kanak – kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak – kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran di antara kanak – kanak berkeperluan khas dengan kanak – kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak – kanak berkeprluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak – kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara – negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak – kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

  • · Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak – kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak – kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelabagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak – kanak berkeperluan khas.

  • · Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak – kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak – kanak berkeperluan khas belajar bersama – sama dengan kanak – kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua – dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak – kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan – cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengsan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran mesyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak – kanak berkeperluan khas di Britain